Rabu, 8 Mac 2017

Lahawlawala quata'ilah Billah Hil AliyilAziim

Bismillah.....dengan lafaz ini aku memulakan tulisan ini.

Alhamdulillah.... Allah memberikan aku keizinan menulis blog yg sekian lama aku tinggalkan.

Allahuakbar......Allah Maha Besar.Allah Maha Hebat Atas segalanya.

Harini, setelah sekian lama menyepi aku kembali menulis .Allahu ya Allah... sedih dan perit sungguh rasa hati ni.tak terkata rasanya.sesak dada mengenangkan. Andai nak diungkapkan xterdaya rasanya. Tapi apa yg boleh aku katakan... hati ini ❤ dan cukup hancur berderai umpama kaca 💔 Wallahi...kesakitan y luar biasa.
Nak ku luahkan pada manusia?dia juga xmampu berbuat apa2.hanya blog ini tempat aku luahkan.

PERNIKAHAN ibarat sebuah kapal y besar y mempunyai Nakhoda iaitu sang suami dan juga pembantu nakhoda iaitu sang isteri  ini bukan sebuah pelayaran y mudah kerana kapal ini akan belayar di lautan luas yg penuh gelora,ombak y tinggi dan bergulung .ini bukan nya kehidupan yg main2. Ini adalah kehidupan y serius.y mempertaruhkan kehidupan mu dan juga pasanganmu dan juga anak kapalmu.

Ya Allah, sy ini punya satu saja hati.
Hati inilah y selalu gembira dan selalu juga sakit.Ya Allah, tapi hati ini telah ku kongsikan dgn teman hidupku. Hati ini rasanya dh terlalu banyak menahan duri dan berendam cuka. Inilah yg dikatakan hidup berumahtangga itu tidak semudah  main kahwin2. Fizikal,mental,rohani,jasmani WAJIB kuat.tapi.....aku xkuat ya Allah...rasanya aku sudah sampai medan ketewasan dalam jihad alam rumahtangga ini .Aku xmampu jdi isteri solehah...aku seorang y degil dan kerasnya Nauzubillah... suamiku, sampai bila saja kau mampu bertahan ? Sampai bila kau akan biarkan aku begini? Suamiku,aku sungguh dan teramat menyayangi dan terlalu dalam rasa cintaku padamu... inilah y aku takutkan selama ini. Kerana aku terlalu menyayangi dan mencintailah perasaan cemburu mula menjengah hati&fikiran ku..sedikit demi sedikit dia menaburkan racun padaku.kini aku sudah tenat dan nazak dengan perasaan ini.

Suamiku,sebelum kau menikahi ku, sudah ku pesan dan sudah berkali2 aku beritahu bahawa bukan mudah hidup dgn ku.jika kau ingin hidup dgn ku maka sediakanlah kesabaran setinggi gunung. Yg x tergoyah saat ditiup angin dan taufan takkan berubah saat dicemari.tapi kau juga manusia yg punya kelemahan.

Setelah setahun pernikahan kita.
kini suamiku.... ini lah saat y aku takutkan.. saat kesabaranmu mula goyah..saat bibirmu menuturkan kata yg sungguh menggeterkan jiwa aku isterimu...suamiku kini dengan katamu itu telah terjadinya pemisah dan jarak antara kita.
aku akui suamiku...aku seorang  wanita y xmampu mengawal bicaraku saat amarah menyelubungi diri.aku wanita y xkan pernah dewasa.aku akan terus seperti budak.

suamiku...
Inilah aku....aku kan tetap bengkok dan tetap keras seperti itu. Saat kau cuba menegakkanya kau xkan mampu jika kau cuba memaksa aku akan patah dan takkan boleh tersambung lagi...

Suamiku,
Terima kasih memberi aku kehidupan dgn serba kecukupan.tetapi suami ku...ada y tidak lengkap dalam kapal pelayaran kita ini .. iaitu ILMU AGAMA.
Suamiku, segalanya telah kau beri padaku.tapi kau x usaha mengajarku tentang ilmu2 yg meluas tentang agama. Suami.... aku isterimu... aku xmeminta ditabur wang ringgit.pujian.juga xminta diberikan kemewahan .jika diberi atas niat ikhlas utk membahagiakan ku kerana Allah ta'ala. Alhamdulilllah...syukur pd pemberi Nikmat ini. Itu adalah bonus buatku dan kamu.

Suamiku,
Rasanya.... memang kegagalan sedang cemburu dengan hidupmu .dia sedang laju berlari mengejarmu.

Suamiku, andai saja kau tau berapa pentingnya dalam kau berhubungan romantis dgn isterimu.😌 Rasullullah adalah seorang y romantis..andai saja dirimu memahami erti romantis itu..

Suamiku,
Aku selaku isteri mu ingin terjaga nafkah dari segi perasaan nya. Mentalnya..suamiku, andai saja aku ada kuasa memperlihatkan mu apa perbuatanmu padaku.pasti aku tunjukkan padamu suamiku. Tahukah kamu suamiku. Aku ternanti2 bilakah kau akan memulakan utk usaha mengamalkan gaya kehidupan seperti y kita impikan sebelum pernikahan..

Suamiku,
Kamu begitu baik padaku..
Sifatmu lemah lembut pada wanita..
pemurahnya sifatmu suamiku...terima kasih wahai Allah kerana hadirkan aku seorang suami yg soleh dan baik sebegini.

Suamiku, hidup ini bersifat sementara yg hidup pasti akan mati.saat ini suamiku hanya kita berdua saja y bersama2 harungi hidup susah senang .pahit manis ini...rezeki utk memiliki zuriat masih belum Allah izinkan tapi pasti ada hikmahnya kan suamiku😊 .sering saja aku memujuk hatiku ini dgn pesananmu itu.
nikmatilah hidup ini selagi berlandaskan syariatnya ,berilah selagi mampu,usaha lah selagi mampu ,cubalah selagi mampu.itulah y aku cuba lakukan saat ini.. memberi dan melakukan sebaik dan terbaik mungkin buat mu suamiku.istilah tidak buatmu padaku itu tidak ada . Suamiku, hidup ini pendek saja... sama ada aku pergi dahulu atau dirimu.. kerana itu pesan ku.cubalah lakukan yg terbaik buat kita. Terima kasih suamiku untuk hari ini hari2 kelmarin dan sepanjang setahun pernikahan ini. Hari ini ,..telinga ini menjadi saksi kata2 mu buat ku.. suamiku... andai saja aku ini beban buatmu.maka kembalikanlah aku pada penjagaku.suamiku,andai aku ini xmampu kau didik maka berilah aku keizinan dan marilah usaha mencari Ilmu bersama sepertimana kita impikan selama ini.

Suamiku, andai saja kau benar2 mencintaiku kerana Nya.maka teruslah bersabar mendidikku.tapi jika kau tidak mampu bersabar mendidikku..maka kembalikan saja aku pada penjaga Asalku y 19tahun merawatku penuh kasih dan sabar.

Kerana dengan pilihanMu,aku masih terus kuat.

Ahad, 31 Januari 2016

Takdir Dan Airmata

Bismillahirahmanirahim.... Alhamdulillah, kembali semula menulis blog yg dh lama berhabuk .
hari ini 31january2016  bbrphari lagi untuk aku bergelar isteri kepada si dia Mr H ,bakal suami aku yg aku tak jangka.memang takdir Allah itu mengatasi segalanya,biarpun kita menolak..pergi menjauh. jika kehendak Nya KUN utk dihampirkan FAYAKUN maka hampirlah ia..begitu juga sebaliknya.. knp tajuk Takdir&Airmata?cuba refleksi kembali apa yg ada disekitar kita,apa y kita dah lihat dan alami., takdir dan airmata ini tak dpt dipisahkan sama sekali kerana ap? jika kita peroleh sesuatu perkara yg gembira kita pasti akn menangis tanda syukur dan jika kita perolehi takdir yg sebaliknya..kita juga akn mengalirkan airmata kerana sedih.. Alhamdulillah...syukurlah utk setiap perasaan yg kita rasai. just go to point >_< dengan izin Allah ta'ala 26 februari 2016 selepas solat jumaat aku akan dinikahkan dengan lelaki pilihan Allah yg namanya telah tercatat di Luh Mahfuz utk menjadi jodohku, pertemuan yg xdijangka dan sangka.dia yg akan menggenggam tgn tok Imam utk ijab&kabul .dia sudi nak terima semua dosa2 aku .what nonsense kan.. tapi begitulah yg dia inginkan. dia berani utk menanggung segala risiko ini.. dia bakal menikahi seorang putri kepada seorang ayah dan seorang ibu yg sgt penyayang ..sifat aku yg suka gila2 ,suka ketawa bnyk2 dan buat lawak sengal.aku xnk ketawa pun.tapi utk mengukir senyuman pd bibir orang lain kita perlu ukir senyuman pd bibir dan wajah kita dahulu dan org lain tetibe jer akn ketawa kan..sengal!! hahahahaha.. sifat  membuat seorang  ibu sgt2 suka beri perhatian .aku akui sifat aku ni buat ibu aku ayah aku dan org sekeliling aku sayang kt aku,caring dan suka meluahkan mslh atau ap2 je cerita  kt aku.hey guys! i luv seing uolls smile . :):D Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang buat mereka senyum saat berduka saat dilanda kesedihan yg sgt dalam.  tapi sebenarnya semua ni terapi buat diri aku juga yg dh lama xsenyum .xketawa after aku lalui saat2 kritikal depression disebabkan bnyk perkara yg tragis . mami aku dulu sangat pendiam .xbnyk ckp,susah nk senyum  ni kan pulak nak ketawa  .Alhamdulillah..syukir pd Allah,..dia ibu ku mampu senyum.ketawa.dan..pandai buat lawak,..loya cantik kt ank2 dia. dia pernah kata. ''mak pandai ketawa sebab awak lah .anak mak yg paling buat mak bahagia 1 antara sejuta 0_0  dgr jeles x?mestilah kan... hahahaha... aku nak nangis beb, tapi aku tahan jer, korang nak tau x aku lah orang paling bahagia bila dpt tgk mak aku ketawa smpai keluar airmata .  Takdir aku ni unik,sangat unik lah.. :) aku just nak cakap senyumlah,saat kau rasa tersakiti disakiti atau sedih.selalu ckp pd diri aku okay jer :) segalanya baik2 saja, ehh.. dah kol 1 pagi nih actually aku dh mula rasa sakit aku yg dulu kembali bertandang kt bdn ni.. esok2 aku sambung eh.

Selasa, 17 Februari 2015

Selamat Jalan Sejarah,Selamat Datang Buku Baru

Bismillahirahmanirahim......Alhamdulillah,Nur  kembali lagi...

     Hari ni, Nur nak habaq kat hampa semua pasai hal Nur laa..hihiih,,life around us. ^_^''
Manusia itu terlahir di dunia  dgn lumrah dan fitrah iaitu ad perasaan ingin menyayangi dan disayangi,menyintai dan dicintai kembali dgn izin Nya, xkira la walaupun perkara yg manis itu sekejap atau pun tetap utuh sampai bila2.. kita hidup utk berkasih sayang sesama manusia..itu yg menguatkan ikatan kita sesama manusia. Tapi,kisah kali ni mengenai tentang perasaan yg pernah hadir dlm hati Nur dan seorg hamba Allah ni.. this happen in beginning 2013-2014Ending (in march).perkenalan kami tak dijangka pun.segalanya adalah rahsia Nya.. Fact,everybody mesti pernah lalui rasa kecewa in Love(fake Love actually) kita sorg jer yg rse cukup setia dan cukup jujur pd dia,tp, dia lakukan yg sebaliknya, how much hurt?too much,very much hurt .But, don't be a stupid person when someone not appreaciate your sacrifice,your feeling and else.. Nur pernah juga berada dlm situation tu. axactly,to fast that thing happen to me...Alhamdulillah,Allah sayang pd Nur sbb tu Allah tunjukkan kebenaran pd Nur sblm Nur mengambil keputusan utk hidup dgn dia. last year raya Nur bertemu dgn si dia Mr H(my fiance) :) kami pernah kenal dah tp,pernah berckp atau menatap muka depan2.hihihihi..pertemuan pertama kali kami di Masjid Abu Bakar Johor,.tempat yg xdiduga tapi,Itulah ''TAKDIR'' cantik takdir Nya buat hamba2 Nya.. bersangka baiklah dgn ap yg pernah terjadi, kadang2 Allah turunkan mendung dan hujan sebab Allah nak hadiahkan Pelangi yang sangat Indah buat kita, :')  jujurnya, Nur masih simpan sesuatu rasa di hati ni tntng ssorg itu,. apabila Nur teringat,pasti wajib airmata ni mengalir dgn deras hingga terasa sungguh sebak dan berat di dada,walau bagaimanapun, Nur tetap harus bangkit,kuat dan tabah melalui hari2 Nur dgn senyuman dan penuh yakin. He is my past..now.. i'm Enganged and married to be..with Mr H,. :) he alway's make me always positive even i'm always make something bad towards him.well uknow someone more elder's then u kan katakan.. hurmm.. uolls know how we want to move on with someone yg kita xpernah kenal latar belakang dia,xpernah ad perasaan ap2 pun pd dia.(ASING) Actually, we not in LOVE even we enganged..heehehe.. coz,we want create our Love after NIKAH... Halal Couple . Nur tau ini adalah risiko yg terbesar dlm hidup Nur iaitu nak membina masjid dgn ssorg yg entah dtg dari pelusuk mana pun xtau.hahahaaa.. :D Apa yang penting,restu dan redha Parents kami, andai diorg rse baik utk Nur,baiklah,walaupun kenyataan nye, hati meronta ,,menangis nak bantah utk tidak terima,. ^_^ Insha Allah.. yakinlah dgn janji Allah,.takdir yg terbaik buat kamu adlh dgn Redha nya Ibubapa pada anak mereka, hari berganti hari.. Nur jalani hidup Nur dgn pelbagai rasa dihati..hanya tikar sejadah jd tmpat nur meluahkan rasa hati dan al quran tmpat buat Nur mencari panduan dan tujuan.. Alhamdulillah,Nur masih mampu teruskan hidup semua kerana LillahiTa'ala .. hari2 Nur dlm dilema sama ada utk terus menanti yg xpasti atau teruskan dgn yg sedang terjadi..kali ni Nur dah buat keputusan utk teruskan hidup dgn apa yg sedang Nur lalui..  look forward,make history about the past.. selamat jalan sejarah, selamat datang hidup baru. insha Allah.. Nur harap uolls mendoakan kami Mr H dgn MrS L akn dipermudahkan urusan kami utk bernikah,bila? rahsia Allah lagi tuh..dan sampai seru nnti.. One Fine Day insha Allah..dgn izin Allah Ta'ala..

before

After and to be 

Isnin, 2 Februari 2015

Perjalanan Hatiku

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Hadapi dengan tenang walau penuh komplikasi
Tidak lupa diri aku orang melayu
Bukan pada kata tapi pada hati ku

Tabahkan hati, terus mendaki
Biarpun tinggi, aku takluki
Tetap bersabar, walau mencabar
Hanya sebentar, tak perlu gentar
Teruskan cita-citaku walau ramai yang mengganggu
Aku tak ambil peduli terus melangkah maju

Tapi ku tak lupa, aku tetap bersujud
Tanpa Maha Esa diriku tak pernah wujud
Masih menadah tangan dan minta belas kasihan
Siapa lah diriku tanpa engkau Tuhan!

Lihat kebelakang, itu zaman silam
Zaman tiada cahaya hanya gelap malam
Terus berjalan, walau kepenatan
Tiada alasan, nanti ketinggalan
Segala kesusahan semuanya sudah aku rasa
Merangkak bertatih jatuh bangkit bangun semula

Perjalanan ku lalui
Silap langkah ku hadapi
Dengan sabar dengan tabah dengan redha
Tuhanku, ku bersyukur
Atas kekuatan ini
Tuk hambamu terus berdiri

Khamis, 29 Januari 2015

selagi belum''AKAD''selagi itu kamu bukan jodohku


JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..cuma kadang-kadang aku TAKUT dengan RENCANA Allah..
Sebab apa?
Sebab aku TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buatku, buat hidupku..tiba-tiba hati berbisik, sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.
....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup... ✿
~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi... [;)]

.SALING MENYAYANGILH HANYA KERANA ALLAH
SALING  MEMBAHAGIAKANLAH HANYA KERANA ALLAH


Takdir Nya...


بسم الله الرحمن الرحيم

malam ni rasa sukar nak lelapkan mata ,mengapakah?Hanya Allah Maha Mengetahuinya. :') setiap hari aku lalui perkara yg sama dan rasa sakit  yg sama dan ada kala saatnya menjadi terlalu sakit hingga rasa ign saja aku menangis,meraung dan mengakhiri sakit ini,tp,DIA masih tidak mengizinkan utk itu, aku diam sambil menggengam erat tasbih milik ibu ku lalu aku letak tgn ku di dada ..aku berbisik sendiri pd diri ''xmgapalah Laila, ini bahagian dariNya buat kamu..ini kesakitan yg sementara yg akn berakhir dgn senyuman yg dah menantikan ku di sana.. sabar ye..sabarlah wahai tubuh dan jiwa pinjaman utk aku berjuang mncri bekalan utk aku pulang bertemu  Sang Pencipta nanti,'' apa akn jadi pd diri ku hari ini dan hari seterusnya sering bermain difikiranku.. aku hanya ingat satu ni je>MATI..MATI..MATI.. semua org takut Mati kan. aku sendiri takut dan xdpt membayangkan bgaimana bahagianku nanti.aku berdoa agr aku dijemput dlm keadaan Khusnol Khotimah..kematian yg diredhai Allah. hanya diri ini dan Allah yg tau bagaimana
 kerisauan ku menghadapi setiap detik,waktu,saat . Kerana Nya aku masih bernafas hari ini dan ketika ini,aku harus teruskan kehidupan  aku kerana ada tanggungjawab yg belum aku laksanakan dan selesaikan.. maafkan diri ini buat kamu yg ternanti2 jawapan ku,maaf lagi kerana aku xmampu menjanjikan apa2 buat kamu, :') diri  ini masih belum bersedia untuk menyatakan satu jawapan itu
.


 Kita teruskan kehidupan...
Untuk kejar RedhaNYA..
DIA Maha Tahu...
Cukup hanya DIA yang tahu ..

Rabu, 24 Disember 2014

PUISI KEHIDUPAN

''Kita Bina Hidup Dengan Kecukupan,
Bukan Dengan Kelebihan,Dengan Kejayaan,Bukan Dengan Kecemerlangan,
Dengan Kemudahan,Bukan Dengan Kesenangan,Dengan Keperluan,Bukan Dengan Kemewahan
Denga Kebaikan,Bukan Dengan Kesempurnaan,Dengan Kekayaan,Bukan Dengan Kemewahan,Dengan Kesediaan,Bukan Ketahuan,Kita Bina Hidup Ini,Bukan Manisnya Janji,Tapi Dengan Pahit Mengotakannya,Bukan Dengan Indahnya Kata,Tapi Dengan Sukar Menyuarakan,Bukan Dengan Tingginya Darjat,Bukan Dengan Payah Memikulnya,
Bukan Dengan Banyaknya Ilmu,Tapi Dengan Kurang Mendiamkannya,
Bukan Dengan Panjangnya Nyawa,Tapi Dengan Pendeknya Mensiakannya,
Kita Bina Hidup Ini,Dengan Impian Menjadi Nyata,Bukan Dengan Nyata Bertukar Mimpi,'
Dengan Angan Menjadi Cita,Bukan Dengan Cita Bertukar Angan,Dengan Beri Menjadi Jujur,
Bukan Dengan Jujur Bertukar Beri,Dengan Noktah Menjadi Langkah,
Bukan Dengan Langkah Bertukar Noktah.Kira Bina Hidup Ini,Bukan Untuk Terus Hidup,Tapi Untuk Hidup Seterusnya.''